Membesar bagai JOHAN

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Pengikut

Sabtu, Januari 09, 2016

KNock KNockkkk.. :p



Assalamualaikum wbt

Hi 2016!!!
Hmmmm... smell so fresh!! :p

Yeayyy!! New Year...
I'm still survive... :p



Itu je???

Itu je???


Inikah azam baru mu, Kay??

Hehehehehe...

Till then, Eeman Khubayb demam... Ummi is capek. So.. kita update lain kali.
Take care peeps!

xoxo,
post signature

Khamis, Ogos 27, 2015

Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah....
Sy dh selamat melahirkan putera ke-4 sy, pd 16hb April 2015.
Pengalaman bersalin kali ni antara yg paling mencabar. Kalau tak bersalinkan Mikael yg paling mencabar.

Gynea mengagak berat baby dlm 3.6kg or 3.8kg dr ukuran masa scan.
Sy serah diri masa check up 15hb sebab sy mmg betul2 tak larat. Masa tu dh minggu ke 38 menghampiri ke minggu 39. Jd sy pilih induce sbb history baby besar & sy pon dh tak larat bawa perut. Huhuhuhuhu....

16hb, lepas bfast, sy ke labour room. Doc nak induce masukkan pil, tp bukaan dh 3cm. Jd doc pecahkan air ketuban dan masuk drip je. Takyah pil. Sejam lepas tu bermula contraction tp blh tahan lg. Air ketuban banyak.....

Nurse masuk "Puan ada check darah sebelum ni?"Sy jwb "ada...kenapa?"
Nurse "HB puan rendah sgt ni... 7.5" sambil dia check mata sy sambil dia ckp pd diri sendiri "Tak nampak pucat, mata pon ok...hairan.."
Sy tanya "mcm mana yer?"
Nurse "Takpe, kita dh inform doctor"

Sy ok lg. Blh mengaji. Masih mengaji Quran dr apps di hp. En. Boss balik rumah dlm pkl 10 lebih utk uruskan anak2 pulak. Lepas Zuhur dia dtg semula. Sy blm bersalin. hehehe.

Tp masa tu contraction dh kerap dan sakit amat. Sy berhenti mengaji, just baca doa Nabi Yunus & zikir je. Terdengar Nurse ckp sesama diaorg, doc suruh call bank darah.. bla bla bla.
Dan nurse pindahkan sy ke labour room utama. Bila tanya kenapa, dia ckp "Senang nak monitor & kalau apa2 emergency"
Dengar mcm tu hati dh tak sedap. Bangun utk ke labour room utama. Jalan sendiri je. Nurse ckp byk air ketuban keluar. Kemudian nurse ckp "Tahan ye puan... tak ambik apa2 ubat. Lama dh contraction ni. Setengah org mmg dh tak tahan"
Sy jawab "Tahan tak tahan... tahan je laa... boleh buat apa pon...hehehe"

Segalanya bermula bila masuk labour room utama.
Dh baring, tangan masuk drip semula belah kiri. Belah kanan pulak pasang wayar oksigen, kat perut pulak dgn ctg. Doc dtg.... check sy. Dari 5 cm dh turun 3cm semula. Sebab? Baby tak turun...
Doc dtg beberapa kali check & akhirnya ckp pada En.Suami kiranya masih dalam keadaan mcm ni, mungkin boleh fikirkan utk c-sec sebab Doc ckp "poor progress". En. Suami dah raup muka. Sy lagi lah bertambah down.

"Pain killer... pls, mintak pain killer" sy mohon pada En. Suami
"Tak boleh tahan dah ke??""Tak boleh!!!!! Dh tak tahan... plss!!"
En. Suami keluar bagitahu nurse.
Tak lama tu nurse masuk cucuk di paha kiri.

Kemudian sy kembali tenang walaupon contraction makin kerap. Tak sampai setengah jam
"B... panggil Doc... dh tiba.."
En. Suami gegas keluar bgtahu nurse.
Masuk mak bidan yg pernah bantu sy bersalin masa Emer. Dia check ckp dh ok, 9cm.
Sy lemah + lalok (akibat pain killer).
Doc tiba, nurse 2-3 orang bantu. En. Suami di sebelah kanan.
Tp bila push, tak juga keluar. 3 kali push pon tak keluar.
En.Suami bisik "Sikit je lagi. Kesian anak kita, Yang. Diaorg nak vacuum. Push lagi yer... "
Sy mmg tak daya. Mungkin juga disebabkan fikiran fikir mcm2, jadi sy agak kurang semangat.
Bila push lagi, dh hampir keluar, dgr la Doc ckp apa pada nurse... bla bla bla...
Tak lama kemudian, baby boy selamat dilahirkan.
Keluar je, nurse ckp pada Doc "Doctor, ni bukan 3 pointer ni Doctor..."
"Iya lah, patut la agak lambat yer. Doctor under estimate nampaknya..."
Selesai diazankan, ditimbang, nurse dtg bg baby.
"Khairiyah.... 4.3kg ni!!!" Doctor bgtahu sambil siapkan sy.

Alhamdulillah... semuanya selamat wpon kena masuk 1 bag darah, huhuhuhu. Itu pon kena cucuk 2 kali utk kecutkan rahim sebab rahim tak mengecut dan darah banyak keluar, dalam sebutan yang lain, tumpah darah. Masa Emer dh pernah tumpah darah. Sebab tu Doctor order masukkan 1 bag darah.

Masuk 1 bag darah, seminggu tangan sebelah kanan sukar bergerak dan sakit. Masa awalnya langsung tak boleh nak bengkokkan tangan or bergerak sgt. Allahuuuu.... Padan lah utk ibu2 yg pergi menemui Ilahi setelah melahirkan diberikan syahid.

Pengalaman melahirkan Eeman Khubayb.

Serik??

Hmmm. Jangan tanya! ;p




********entry yang sangat sangat ketinggalan, Maafkan hamba**********
post signature

Selasa, Mac 31, 2015

Update dh tak terkini sgt... (Part 2)

Assalamulaikum wbt.

Ngeeeee....
Malu I olsss...
2 bulan sekali baru nak update blog....
Appa cittaaaa!!! ;p

Takdak laa kan... kami ni nak kata busy sgt mcm menteri tak la kan... mcm businesswoman pon... hmmm... sikittt laaa.. baru nak 'up' katakan... kui3x.

Ni laaa.. nak cita sikit la. Dari entry yg lepas konon nak buat laa kisah part 2 pulak. Sudahnya, terbengkalai mcm kawasan perumahan kontraktor lari dgn duit muka ;p. Ni kontraktor baru nak sambung balik la ni.. (tak paham ka? buat2 paham dh laa nooo... kami mmg suka merapu).

Bermula Januari 2015, sy secara rasminya tukar profession. Selama lebih 11 tahun sy bekerja dlm sektor swasta, makan gaji, akhirnya sy memegang title "House Manager" sepenuh masa. Kalau fikir2 kan laa kan, masa sy kerja makan gaji pon sy jd "House Manager" gak pa. Balik kerja pejabat, tak sempat duduk buat kerja rumah pulak.. *clap*clap* (Bravo to all working mommy yg turut juga menjadi suri rumah setelah selesai waktu kerja pejabat).

Ramai yang dok bertanya kat FB
"Hang tak kerja dh ka Kay?"
Iya, betui la tu. Cuma kena perbetui sikit la. Tak kerja makan gaji dah, tapi masih mencari rezeki buat tampung perbelanjaan isi rumah & masih 'bekerja' dirumah.
"Wah... syok la hang Kay. Dapat dok rumah. Jaga anak2. Depan mata"
Alhamdulillah. Rezeki sy, dpt merasa dok rumah jaga anak2, uruskan rumahtangga, suami, anak2. Tp jgn lah di 'envy' dgn 'profession' baru sy ni. Bak kata org... merenung bulan tinggi di awan, laman sendiri berwarna warni... tak bererti... ecewahhhhh!!! ;p

Bukan la sy tak bersyukur. Syukur, dpt peluang merasa menjadi full time housewife. Sapa kata mudah? Mula2... mmg rasa nak lari pi cari kerja balik kat supermarket pon jadi laa. Bukan apa, kerja pejabat tak kurang penat, tp masih ada masa senggang utk diri sendiri dan berjumpa rakan sekerja, dpt laaa 'kenai dunia' dan berinteraksi dgn org diluar ruang lingkup kita. Bilamana duduk dirumah, wpon teknologi dihujung jari ja, tak sama. Itu lah manusia. Dan sebab itu wahai manusia, teknologi takkan dpt gantikan komunikasi sesama manusia. Kita masih memerlukan komunikasi secara berdepan, tak cukup dgn tot tet tot tet kt smartphone & pc ja. Human touch. Kalau kita nak semua shortcut... teknologi dpt gantikan segalanya... nnti2 ni sok lusa teknologi la jd mak pak anak2 kita (skrg pon dh jd kan bilamana anak2 addicted to hp, ipad, tablet, tv, etc). Tu lepas tu jd tak berapa nak betui.... kita salahkan teknologi.. tp tak tgk diri kita pulak. Eh. Sentap sendiri. Eh. Dh melalut jauh ni.

Minggu pertama tidak bekerja, sy masih ok. Minggu kedua pon masih ok. Ala2 ambik cuti lama sikit la kan. Masuk minggu ketiga sy dh mula rasa 'lost'. Mungkin juga teringat rutin tika bekerja. Yang sy tak cerita kat org.... lepas sy ambil anak sulong dr sekolah agama, sy minta dia naik ke rumah dahulu. Sy masih dlm kereta. Melayan perasaan. Lalu sy menangis semahunya. Menangis melalak mcm org hilang akai. Tak tau pasai. Jgn tanya ;p. Mungkin juga hormon ibu mengandung (nak cari salah kot lain jugak tu...). Lepas sy nangis, sy lap ayaq mata, turun kereta penuh gaya dan catwalk naik rumah :). Sebab tu anak sulong sy tak perasan Ummi dia melalak dlm kereta td.

Dulu, balik kerja, penat, buat kerja rumah, settlekan mana termampu, selebihnya sy boleh pujuk hati
"Ko penat Kay, rehatla. Ko bukan robot. Lagipon ko bekerja... mmg laa rumah ko tak kemas elok2"
La ni org akan ckp pada sy
"Sure rumah ko kemas je kan, Kay? Syok laaa..."
Waduhhhhh... malu kot bila org ckp mcm tu. Kemas? Rumah bersih? 10 min ja pon aih. Nak ngemaih 1 org, hat yg nak camuk tu??? Kerja pejabat penat lain. Kerja kat rumah penat lain. Kudrat pon lain la. Nak-nak ibu mengandung mcm sy ni. Mengandung jarak dekat, anak tak pandai jalan lg pon, mana nak kendong dlm perut, nak kendong luar perut, nak tunduk2 kutip itu ini, buat itu ini. Haisshh... mmg salute laa yg beranak ramai & Allah berikan rezeki tubuh badan sihat & kuat. Anda handal, tahniah!

Rutin sy, pagi hantar anak2 semua pi sekolah. Lepas tu ambik anak sulong balik sekolah agama. Konon dlm waktu sebelum ambik dia, blh laa nak berbisnes maya. Takde makna. Sibuk basuh baju, ngemaih, lap tu lap ni, tup2 dh tiba waktu ambik anak sulong. Dh ambik dia, masak nasi & lauk pauk, dia dh makan, hantaq pi sekolah kebangsaan, lepaih tu teruih ja ambik adik2 dia pulak kat tadika & umah bbsitter (yg no.3 tu hantaq half day, kalau tak jenuh la).

Dh ambik yg ber dua tu.... kiranya balik blh buat kerja?? Sorry morry naik lorry laa yea. Yg kecik tu semenjak Umminya pregnant, dia punya sheikh lain macam. Nak melekat ngan Ummi 24jam. Tidoq pon atas perut Ummi until now. Kalau dia terjaga ja, automatic dia bangun & rebahkan badan atas perut Ummi. Huhuhuhuhuhu. Jadinya, ada tak ada, kena tunggu dia tidoq laa nak buat sikit2 kerja online. Nasib baik jugak laa ada handphone kan. Blh laa update apa2 menerusi HP ja.

Sy perasan, semenjak tak bekerja, sy jd makin cerewet bab2 susun atur dan kekemasan. Wpon tak kemas mana, tp sy bengang bilamana susun atur & rumah sy dh kemas org tak jaga. kui3x. Simptom apa ntah. Susun atur pinggan, periuk dlm cabinet pon sy ambik kira. Susun kasut luar rumah pon blh jd isu. Ye lah, takde isu pejabat nak dipeningkan, so peningkan isu rumah la. Lama2 tak larat jugak dh nak kisah sbb dgn bawak perut, pergerakan terhad, lepas tu kemas berjam2, yg hat dok camuk tu 10 minit leh tunggang langgang. Tu gaya rumah sy kecik je tu. Kah kah kah. Mengemas = susun atur elok dan cantik, teratur. Kalau pakat dok campak ja dlm lemari, dlm bakul, or dalam mana2 janji tak nampak bersepah, tu bukan kemas. I pon leh buat petik jari jaaa... campak semua humban dlm satu tempat or bilik... rumah kemas dan bersih :). Again.. dh melalut lari tajuk. Kalau karangan SPM dh berapa markah kena tolak...



Ok lah... back to new profession. Sy buat business online dan kedai maya sy iaitu E-Suq An Najjah.
Memandangkan bila ada tawaran bekerja, tp tau sy mengandung depa takmau, jd sy jalankan la dulu bisnes kecil kecilan sy. Nak beli tudung, shawl, blh la cuci mata kat kedai maya sy. Nak ephyra utk sihat, cantik, glowing, pon boleh cari sy.

Apa2 pon, sy bersyukur, setiap aturan yg Allah jadikan mesti ada hikmahNya. Bila renung Emer tidur, sy sebak. Allah aturkan 'perjalanan' sy begini, mungkin utk lebih masa sy bersama Emer, tgk dia depan mata, bermain, bermanja, melayan kerenah merap dia sebelum dia dpt adik tak berapa lama ja lagi. Kiranya sy masih bekerja, sudah tentu sebelah malam ja sy dpt melayan dia tu pon berapa jam sgt. Allahhh... Maha Besar & Maha Kaya, Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya. Betapa cantik susun aturnya utk hidup sy. Syukur Alhamdulillah.


Lantas nikmat yg mana satu yg mahu sy dustakan??

Moga Allah memberkati & melimpahkan rahmat buat keluarga kecil kami.
Rezeki tu dariNya.

post signature

Jumaat, Januari 23, 2015

Update terkini lagi sensasi... part 1

Assalamualaikum wbt

Ewahhh... title taknak kalah. Perasan kau hot sgt Kay??? Cesss... ;p

Ok lah... entry ni entry tertangguh lama. Skrg dalam fasa menyesuaikan diri dgn keadaan 'baru' dan jawatan 'baru' (itu akan diceritakan dlm entry selepas ini).

Satu cerita satu entry ya! Baru byk sikit post cerita kt blog ni... muahahahaha...(gelak jahat).
Ok... bila sy post status ni di FB, mcm agak mengejutkan kepada rakan2 FB yg lama tak jumpa sy secara 'live' (wahhh.. kau perasan hot lagiiiii...).

Iya, kali ni sy sgt 'berahsia' pada awalnya. Ada tak ada yg tahu cuma keluarga sy, sahabat2 terdekat dan org yg selalu berurusan dgn sy.

Kenapa berahsia??

Sebab.... secara jujur sejujur jujurnyaaaa.... pada awal sy tahu sy 'berisi' lagi, sy sgt2 'down'. Speechless, clueless, semua yg less lah... :p. Sy menangis. Menangis berhari-hari. Bukan tak sukaaaa... bukan tak sudiiii... tidak betul sama sekali. Tp sy tak sangka secepat ini  (puiiii... anak nak masuk 4 ko leh tak sangka, Kay??? Mcm baru kawinnn...). Emer baru 7-8 bulan masa sy dpt 'detect'. Bila pandang si kecik, sy menangis lagi. Iya, sy ni sgt sgt sgt sgt sgt super duper sensitive. Jadinya, sy fikirkan kesian pada Emer. Sy fikirkan perihal sy yg bekerja, berkuntau urusan rumah, anak2 dan kerja. Gap antara Khalish & Mikael, 2 tahun lebih. Mikael & Emer, 4 tahun lebih, yg ini belum sampai setahun sy dh pregnant semula. Keliru, takut... takut tak mampu sy galas 'tanggungjawab' & 'amanah' yg diberikan dengan baik. Yg dok ada pon sy byk lakukan kesilapan.... masih bertatih mencari dan berusaha berikan yg terbaik utk mereka. Bila penambahan yg tak terduga ni, buatkan sy menerima kejutan! Surpriseeee!!!

Org pertama sy msg, tentulah bonda tercinta. Sy hubungi melalui What's App je. Sebab sy tgh emo masa tu... hehehe. Bila perkhabaran diterima, dan icon dlm WA tu sy letak icon menangis, Mak ckp
"org patutnya happy... awat menangis pulak"
Sy ckp 
"3 ni pon mcm ribut...."
Mak ckp lg
"keluar no. 4 hilang laa ribut"
Allahhhhhh..... terus sy menangis semahunyaaaa. Bonda sy... yg sentiasa mahu anaknya positif dan fikir yg baik2. Dan nasihatnya berterusan laa di WA...  :)

Yang paling sy risaukan, sudah tentu keadaan kesihatan sy ketika pregnant kerana ketiga-tiga pregnancy sebelum ni, sy mengalami alahan yg teruk sehingga 5-6 bulan. Masuk hospital, tak blh makan, minum dan berckp sbb air liur penuh mulut. Badan mmg tak larat sesangat lah. Kerja pon terjejas, pengurusan diri ntah kemana. Tu yg sy sgt risau dan susah hati sbb sy ada anak kecil yg masih sy susukan dan memerlukan perhatian. Kalau dh lembik atas katil je baringnya, mcm mana???
Sy menangis semahunya setiap kali lepas solat. Berdoa.... merintih padaNya. Sy terima 'rezeki' ini, terima 'amanah' ini, tp sy mohon dipermudahkan urusan sy, kandungan & juga anak2 sy yg ada skrg. Moga sy dpt jalankan tanggungjwb pd mereka dgn baik. Sy mohon semahunya, mengadu dan menangis, kerana sy tak sanggup berdepan bila ada kata2 kurang enak dgn kesihatan sy ketika pregnant.

Allah Maha Kaya...... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah. Dia perkenankan doa sy. Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui memperkenankan permintaan sy. Alhamdulillah. Alahan sy tidak seteruk yg sebelum2 ni. Cuma agak mabuk2 sikit, muntah di awal pagi dan selera tak berapa ada pada awal2 nya. Tp sy 'kuat'. Tak lembik dan tak menjinjit plastic bag kemana saja pergi utk meludah. Alhamdulillah. Sesungguhnya.. Allah tidak memberati hambaNya dengan sesuatu yg tidak mampu digalas. Sungguh menginsafkan sy. Sungguh mmg terasa betapa kerdilnya diri ini.... menangis lagiiii.. (ntah apa2 pompuan sorang ni menangis jee keje diaaa!)

Dan, rezeki Emer menyusu pon setakat 8-9 bulan shj (tak mcm abang2 nya yg sampai 2 thn). Gynea sy kata tak mudaratkan kandungan pon. Tak direct pada baby kt dalam. Cuma ibu nya lah, kalau pregnant dan menyusu... berganda ganda zat kurang. Dh la badan belum sebetulnya recover dr proses melahirkan yg sebelumnya. Sedih bila susu berkurang (mungkin sbb sy emo & stress pd awalnya) dan akhirnya Emer berhenti menyusu sendiri. Huhuhuhuhuhuhuhuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Hari berganti... sy dh tak berahsia lg. Siapa yg selalu berurusan dgn sy pon dh tahu sy pregnant. Sy cuma ia kan dan senyum. Alhamdulillah... sy syukur amat. Di kelilingi mereka2 yg baik dan mendoakan yg baik2 buat sy. Berikan nasihat & kata semangat dan membuatkan sy rasa sy pulak yg tak baiknya.... huhuhuhuhu.

Bos sy.... Mr. M, sgt2 lah positive.  When I broke the news (ewahhh... mentang bos mat salleh... london ko Kay), dia tenang. Sy yg emo & menangis depan dia (punya tak malu pompuan ni asyik menangis je ape ke halnyaa???) bila sy ckp "unexpected". Bos sy (should I say former bos?? huhu) ceritakan pd sy, dia habis semua saving dia utk dptkan 2 anaknya. Dia gunakan kaedah IVF (sy tak tanya laa kan apa masalahnya, tp dia bgtau laa dia susah nak dptkan anak dia). So, indirectly dia bgtau sy patutnya sy ni bersyukur sbb 'senang' dpt anak. Then dia ckp,
"It takes time Kay... maybe it is hard for a few months... but you'll be ok after that. Not too worry. I also have 5 siblings.. and I'm the eldest"
Ya, pada org2 mat salleh ni, lebih pada 2 anak dh ramaiiii dah.... So Mr.M ckp dia pon dr big family juga. Dia ckp keluarga besar ni seronok dan rahmat :).

Alhamdulillah. Kata mereka, kesian baby di dalam 'berasa' hati kalau Umminya tak sudi, huhuhuhu. Tidak, bukan tidak sudiiiii. Ummi lebih dr sudi. Cuma Ummi ni manusia nakkk.. bukan malaikat. Punyai rasa, punyai emosi... Ummi sedar diri yg Ummi ni bukanlah Ummi yg terbaik.... dalam nak membaikkan diri pon Ummi byk buat silap. Bila nak galas tanggungjwb dan amanah utk seorang lg hamba Allah, Ummi panik nakkkk, huhuhuhu. Anak2 bukan piala utk Ummi tayang2 dan bangga2kan pada org. Anak2 itu amanah buat Abah & Ummi. Besar tanggungjwbnya. Doa Ummi yg baik2 aje. Moga Abah & Ummi dpt lakukan yg sehabis baik dlm membesar & mendidik anak2 kejalan yg diredhai.



Pendek kata.. masa mula2 tu... I'm not mentally prepared. Masih tgh dok nak adapt dgn rutin 3 org anak, tup tup tup.... Allah 'hadiah'kan lg buat Ummi. Seminggu Abah buat keje2 rumah tanpa henti sebab taknak ganggu Ummi yg beremosi nakkkk... hehehehe. Menangis mcm apa.

Indeed. Allahu Akbar!!
Doakan sy ya! Doakan yg baik2 utk sy & kandungan serta utk kami sekeluarga.
Buat yg sentiasa berada bersama sy & doakan sy, Allah jua yg Maha Mengetahui dan dpt membalas jasa serta budi baik kalian. Terima kasih yg tak terhingga atas segala nasihat & kata2 semangat, dorongan & sebagainya.

Korang rasa lelaki ke perempuan????

Ehhh.. ehh... ;p

post signature

Isnin, Disember 22, 2014

Wish List?? My wish is your command?? ;)

Assalamualaikum w.b.t

Dulu pernah juga buat wish list bagai kalau dh masuk December kan... ehem... ehemmm...
Tp tu kononnya angan² je laaa... Hahahaha....
Lepas tu,  dh lama dh tinggalkan angan² nak itu ini ni... sejak dh beranak pinak... fokusnya dh ke lain.

Ok.. kalau nak buat balik perangai berangan, apa wish list sy agaknya ya??


Antara kesukaan sy... sgt!!!
Atau ini kah?


Pon sukaaaa....
Atau yg ni??


Tapi.... sebenarnya... yg tu semua bukan keutamaan sy. Tu kehendak je yg boleh lupus bila² masa. Skrg ni, wish list  sy... yg paling sy inginkan, adalah:-

  1. Kesejahteraan, kebahagiaan, dilapangkan urusan anak² sy walau dlm apa jua keadaan. Sy nak mereka gembira dan menjadi org yg bersyukur. Sy mohon supaya Allah sentiasa suburkan hati sy dgn kasih syg buat org tua sy, buat ahli keluarga sy, adik beradik, saudara mara dan bersangka baik dgn mereka & sentiasa mendoakan yg baik buat mereka.
  2. Kebahagiaan org² sekeliling sy, yg sy sayang, ambil berat secara langsung mahupon tidak.
  3. Sy mahu yg baik² aje dtg dlm hidup kita... hidup sy mahupon sesiapa sahaja.
  4. Org² susah tak merasa susah, malah merasa bahagia dgn 'perhatian' Allah dan org² senang tak merasa 'senang' malah rasa ianya tanggungjwb mereka melihat, membantu dan mendengar mereka yg memerlukan, demi agama.
  5. Tiada perasaan iri, dengki, dendam, tak puas hati, etc yg buruk terhadap kehidupan org lain bahkan mendoakan yg baik² utk org.
Itu lebih bernilai dan tiada tolok bandingnya dgn segala 'benda' yg sy hendakkan.

Iya, itu lah wish list sy.


post signature


Sabtu, Disember 20, 2014

Satu sama:- 1 -1

Assalamualaikum w.b.t

Doktor nasihatkan dan mencadangkan mungkin sy boleh mula mengawal pemakanan sy dr sekarang dgn kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, roti, pasta, etc. Bukan tak boleh langsung, tp mungkin kurangkan kerana katanya karbohidrat mmg sumber tenaga tapi boleh juga menjadi gula tambahan dalam darah. Jadi, boleh ambil karbohidrat, tp pada kadar yang berpada. Jangan pagi nasi, tgh hari nasi, malam nasi. Kalau ratah lauk pauk tak mengapa. Ayam, daging, ikan... boleh makan lebih sikit. So, portion nasi tu suku, biar pinggan penuh dgn sayur sayuran & sumber protein mcm ayam, daging, ikan, etc.

My other half ckp pada sy
"Jaga diet awak Yang. Syg badan tu, jaga kesihatan. Kita ni anak kecik2 lagi..."
Sy diam tp biasa lah, sy buat la muka pelik sy ke... yang buat dia ckp
"Hah.. itu lah, kita cakap dia ingat main2"

Kemudian sy ckp
"Berhenti merokok tu Yang. Syg badan tu. Kita ni anak kecik2 lagi.."

Dia sengih. Katanya
"Eh, sy mmg nak berhenti laa ni..."

Lebih 12 tahun dh dengar kata gitu.. tp takpe, at least dia ada niat nak berhenti tp cuma masih mencari kekuatan diri?? Mungkin. Kita bersangka baik dan terus mendoakan yg baik yer.


Sape tak sayang suami oiiiiiiiiiiiiii.....

post signature

Khamis, Disember 18, 2014

Bukan Kay yang berbicara... part 1. keh keh keh

Assalamualaikum w.b.t.

Mood tgh ke laut..
Biasalah.... jd perempuan.. kelebihannya bila mood ke laut... "Blame it on the hormone", keh keh keh.
Ye lah sgttt Kay oiii...

Bila mood ke laut, sy jadi
malas nak bercakap
malas nak berinteraksi dgn org
bawak diri sendiri
bercakap bila rasa nak bercakap je

So, kalau sy diam jeee... tak berminat utk bercakap, harap maaf dan maklum.
Takde niat nak lukakan hati sesiapa atau niat nak menjauhkan diri. Maknanya sy pon perlu ruang utk diri saya sendiri. Mungkin ada org yg lebih baik menyembunyikan 'moody'nya dari sy dengan tersenyum lebar & ketawa. Bukan sy tak pernah buat mcm tu. Tp dlm keadaan sy yg kesihatan tgh mcm roller coster, rasanya nak 'berlakon' tersenyum riang dan ketawa tu pon terlalu memenatkan ;)).

Ntah ape yg di bebelkan ni Kay oiiii...

Ok. Sy terfikir ni td. Gagahnya org dulu².
Bekerja di ladang, sawah, kebun, hutan, menoreh getah, membanting tulang 4 kerat dengan kederat mereka, tp balik dr bekerja masih boleh hiburkan hati keluarga, masih ada masa utk bertanya khabar sesama jiran tetangga, masih gagah mengorak langkah ke rumah Allah. Hebat kan?

Hebatnya org dulu², wpon tak belajar tinggi, tp jati diri sgt tinggi. Sifat hormati org dan diri sendiri juga tinggi. Sifat pemalu, menjaga maruah pon tinggi. Akhlak juga terpuji.

Bila cermin diri.... :'(

Kita ni asyik merungut penat, tak larat, sakit sana sini... huhuhuh..
Mak sy pon selalu ckp
"Mak dulu masa umur hangpa, takdak aihhh mcm hangpa ni. Muda² dh sakit sana sini"

Tq Mak sbb ckp sy muda... ngeeeeeeeeeeeee... ;p
Mungkin cabarannya juga berbeza. Duduk dalam bangunan berhawa dingin, peluh tak keluar, tapi mengadap kotak 4 segi bercahaya ni, sambil menaip, dan berfikir. Mengadap segala mcm cabaran yg berbeza dgn kerja menoreh, bersawah, berkebun, menjadikan antibodi kita dan badan kita juga makin lemah. Jgn otak pon makin lemah sudah.

Eh, tp Mak sy juga kerja dlm bangunan hawa dingin, ngadap kotak 4 segi bercahaya dan sy rasa tanggungjwb dan tugasnya lg berat dr sy. Hmmm.. owh yeaa.. Mak suka berkebun & bercucuk tanam di masa lapang. Patut sihat ;p.

Org dulu² juga yang hebat kan? Kerjanya berat. Keluarkan keringat. Tp badan sihat. Sifat terpuji juga masih tersemat. Kerana lebih menghargai keringat dan segala hasil usaha penat lelah membanting tulang demi keluarga.

Jadi, kau mau berkebun dan menoreh kah Kay???
Hmmm.. boleh jadi....
Kau mahu bersawah dan mencari kayu api?? Takat bawak perut & dukung anak ko dh terkeluar keluhan kan.. ishhh.. insafff.. insaffff...

Tabik springgg pada mereka² yg membanting tulang 4 kerat dan keringat. Tak la pulak ckp yg bekerja koperat ni tak bagus. Jgn negatif boleh? Anda bagus, kiranya masih tinggi nilai budi pekerti dan jati diri. Tak terjerat dan terjerumus dgn permainan duniawi yang semakin menjadi jadi sekarang ini....


Lagi sekali... entry kau kali ni dh begitu ke laut Kay...

Sila berhenti menaip.

Ok bai.


post signature